Salam Taaruf


Nama diberi ialah Iqbalsyarie Bin Shaari. Lebih mesra dipanggil Iqbal. Lahir dan dibesarkan di Felda Jengka 5, Maran, Pahang. Mendapat pendidikan awal di SK Jengka 5. Mendapat pendidikan di peringat menengah di Sekolah Tuanku Abdul Rahman, (STAR) Ipoh. Selepas SPM, menyambung pendidikan di Malaysia Airlines Engineering Training Center (METC) di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang, dalam bidang kejuruteraan penerbangan (aircraft maintenance). Berjaya mendapat lesen B2 without type rating (LWTR) pada bulan Oktober 2013. Berhenti kerja dari MAS pada bulan Disember 2013 dan mula bekerja dengan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia Berhad sejak Januari 2014 hingga kini.

Seorang suami kepada seorang wanita solehah bernama dan seorang bapa kepada seorang anak kecil yang comel berusia 2 tahun. Juga merupakan seorang pengguna produk Shaklee yang konsisten dan juga pengedar bebas Shaklee (SID) sejak March 2017.

Pernah menghasilkan dua buah novel yang diterbitkan oleh JS Adiwarna Snd. Bhd pada tahun 2011 dan 2012.  Juga turut menghasilkan dua buah novel elektronik (e-novel) yang boleh dimuat turun (download) secara percuma pada pautan yang disediakan dalam blog ini.

Sebarang pertanyaan berkaitan produk Shaklee atau apa sahaja pertanyaan boleh dibuat melalui emel iqbalsyarie@gmail.com atau melalui aplikasi whatsapp pada nombor 013-6852443.


Previous
Next Post »
60 Komentar